02 April 2009

Ahli MT tidak semestinya jadi anggota Kabinet

Pemilihan pucuk pimpinan UMNO Khamis lalu memperlihatkan kombinasi yang cukup baik antara generasi baru dan lama.

Ramai pemerhati berpendapat ia merupakan adunan muka baru dan lama yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada parti seperti yang ditekankan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemilihan orang muda seperti Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selain muka baru seperti Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Ismail Sabri Yaakob, Noh Omar, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Datuk Shaziman Abu Mansur, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Bung Moktar Radin menggambarkan perubahan yang diinginkan.

Mereka ini sudah pasti akan melengkapi orang lama yang berpengalaman seperti Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Seri Musa Aman dan Dr. Norraesah Mohamad.

Bagi kira-kira tiga juta ahli UMNO di seluruh negara tentunya sangat berharap barisan yang dipilih itu merupakan saf terbaik yang telah diberikan mandat oleh perwakilan untuk membantu Presiden mengukuh dan mengembalikan semula kegemilangan parti.

Ahli-ahli di seluruh negara yang hanya mampu melihat dari jauh itu juga tentu berharap perwakilan yang mengundi kelmarin telah melaksanakan mandat yang diberikan oleh cawangan dan bahagian dengan penuh amanah dan bijaksana.

Andai kata mandat akar umbi ini tidak tertunai maka natijahnya ialah sokongan terhadap parti akan tergugat.

Sebab itu ramai pihak berharap barisan baru MT benar-benar merupakan manifestasi akar umbi yang mahukan perubahan dan mahukan mereka yang dipilih adalah pemimpin yang mewakili akar umbi.

Namun keputusan telah dibuat. Pemimpin sudah dipilih. Barisan baru MT UMNO telah diketahui.

Kini merupakan masa untuk membuktikan bahawa ia adalah barisan terbaik dan berwibawa yang mampu membawa perubahan dan seterusnya mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada UMNO.

Bagi anggota MT yang juga ahli Parlimen, buang dulu jauh-jauh cita-cita untuk menganggotai Kabinet.

Berada dalam MT UMNO tidak bermakna mereka perlu berada dalam Kabinet.

Ada sesetengah pemerhati berpendapat jika ahli MT UMNO dilantik menganggotai Kabinet maka peranan mereka terhadap parti dan ahli akan terhad.

Apabila berada dalam kerajaan sudah tentu sukar bagi mereka mengkritik atau membetulkan dasar kerajaan yang kurang menguntungkan orang Melayu.

Dalam kerajaan mereka adalah pembuat dasar negara yang tidak boleh memihak kepada kepentingan Melayu semata-mata.

Jika ini berlaku maka ia dianggap satu kerugian kepada UMNO kerana pemimpinnya tidak boleh berperanan sebagai pendesak.

Tetapi jika sebahagian daripada ahli MT ini berada di luar kerajaan, UMNO akan mempunyai dua pasukan yang kuat.

Satu pasukan dalam kerajaan yang akan memastikan kepentingan Melayu diutamakan dalam setiap dasar yang dirancang.

Sementara satu pasukan lagi ialah pasukan ahli di luar kerajaan yang akan menjadi pemerhati dan pengawas kepada setiap dasar yang dilaksanakan supaya tidak meminggirkan kepentingan agama dan bangsa.

Dengan itu akan wujud konsep semak dan imbang atau check and balance antara MT UMNO dan Kabinet kerajaan.

Dikhuatiri jika ahli MT berada dalam kerajaan, peranan semak dan imbang tidak akan berlaku. Malah mereka juga tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh akar umbi.

Kalau sudah menjadi anggota kerajaan mereka tidak boleh mengkritik dasar yang telah diluluskan secara konsensus dalam Kabinet.

Sebab itu, para pemerhati berharap barisan MT yang baru dilantik perlu mengutamakan kepentingan parti daripada nafsu sendiri.

Mereka dipilih oleh UMNO untuk memperjuang parti dan nasib orang Melayu di negara ini terutama lebih tiga juga ahli parti.

Sebagai ahli MT mereka perlu mengutamakan khidmat untuk ahli-ahli UMNO dan orang Melayu. Sebab itu keutamaan mereka perlu betul. Jangan menggunakan kedudukan dalam MT untuk memburu jawatan Kabinet semata-mata.

Jika jawatan dalam Kabinet akan mengehadkan pergerakan serta sumbangan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu maka lebih baik mereka berada di luar kerajaan.

Kelebihan UMNO untuk membentuk dua pasukan yang mantap di dalam dan di luar kerajaan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya jika kepimpinan parti benar-benar mahu membawa perubahan.

Bayangkan jika semua ahli MT adalah anggota Kabinet. Mesyuarat MT sudah tentu akan jadi lebih kurang sama dengan mesyuarat Kabinet.

Sebab itu UMNO perlu meneliti perkara ini secara terperinci. Jika ingin melakukan perubahan, ini merupakan salah satu elemen yang perlu difikirkan.

Pisahkan MT dan Kabinet supaya UMNO mempunya kuasa pendesak yang kuat dan tidak boleh dipertikaikan oleh rakan-rakan komponen lain.

Sekiranya, ahli MT ini merupakan anggota kerajaan, jika mereka mendesak sesuatu yang membabitkan kepentingan Melayu sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakan komponen.

Sebagai menteri misalnya, apa yang dilakukan mesti untuk kepentingan semua. Bukan untuk Melayu semata-mata.

Sebab itu dibimbangi ahli MT yang berada dalam Kabinet akan terikat dan tidak mampu menyuarakan hasrat dan keperluan akar umbi dengan berkesan.

Dan lagi mereka yang telah dibuktikan mampu melaksanakan dasar-dasar kerajaan serta memberikan khidmat yang cemerlang perlu dikekalkan. Ini penting dalam memastikan sokongan rakyat akan kembali kepada kerajaan kerana mereka yang berada di kabinet mampu melaksanakan amanah yang diberi.

Keputusan Yang Mengecewakan

Dengan berlabuhnya tirai Perhimpunan Agung Malaysia Sabtu lalu, maka berakhirlah sudah satu lagi episod penuh debaran bagi setiap ahli UMNO. Ini kerana para perwakilan UMNO telah pun menyatakan kehendak mereka dengan memilih calon-calon yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengalas amanah ahli dan parti selama 1 penggal.



Keputusan yang dibuat, nyata mengejutkan banyak pihak apabila banyak nama-nama besar terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat. Di dada-dada akhbar juga, pelbagai komen dibuat oleh mereka-mereka tidak menyangka dengan kekalahan yang diterima.

Ternyata transformasi yang ingin dilakukan oleh Presiden yang baru YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah diterjemahkan oleh para perwakilan dengan mengabungkan saf kepimpinan MT dengan muka lama dan yang baru.

Walaupun begitu, tenyata keputusan yang dibuat para perwakilan itu agak mengecewakan kerana mereka-mereka yang dilihat begitu komited dengan tugas yang diamanahkan telah dikorbankan. Yang menjadi persoalannya sekarang, atas rasional apakah para perwakilan UMNO memilih mereka-mereka belum diuji kehebatannya ini? Apakah mereka yang dipilih ini mampu membantu Najib mengemudi UMNO selama satu penggal lagi?

Umum mengetahui, ketika ini UMNO tidak begitu popular di mata dan hati rakyat. Terutama kepada generasi muda yang ternyata muak dan jelik dengan UMNO. Buktinya di kebanyakkan tempat yang menjadi punca kekalahan ialah di saluran 4 dan 5. Khusus untuk pengundi muda dan baru.

Oleh yang demikian, untuk menjadikan UMNO terus relevan dan mnenang di pilihanraya akan datang, satu barisan kepimpinan padu dan kuat perlu diberikan kepada Presiden yang baru. Ia penting bagi memastikan rakyat kembali percaya sekaligus memberikan amanah kepada kerajaan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan.

Persoalannya mampukah barisan kepimpinan yang baru itu menjalankan amanah itu? Lihat sahaja barisan MT yang diwariskan kepada Datuk Seri Najib. Bukanlah niat untuk mempertikaikan keputusan tersebut, namun dimanakah kewarasan para perwakilan apabila memilih mereka-mereka yang tidak popular dan diragui kebolehan mereka mengalas satu amanah yang besar.

Sebagai contoh, ada Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih adalah merupakan mereka yang kalah pada pilihanraya umum yang lalu. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang kalah pemilihan di peringkat bahagian. Malah ada juga antara mereka yang dipilih itu adalah dari bahagian yang belum lagi mengadakan mesyuarat lantaran dari masalah dalaman yang gagal diselesaikan.

Maka, bagaimanakah mereka-mereka ini, yang GAGAL mendapat tempat di mata rakyat dan di tolak oleh ahli di peringkat cawangan dan bahagian ini mampu mengembalikan keyakinan rakyat secara keseluruhan? Apakah para perwakilan tidak melihat semua faktor tersebut ketika memangkah kertas undi?

Sekiranya ciri-ciri tersebut tidak diambil kira, maka atas faktor apakah mereka ini dinilai sekaligus diberikan amanah dan tanggungjawab yang dilihat cukup besar dan berat? Bukanlah niat untuk menyalahkan para perwakilan yang telah mengundi. Namun apabila diteliti kembali keputusan yang dibuat itu ia benar-benar perlu dikesalkan.

Sebagai contoh Shahir Samad dan Azalina Othaman adalah antara mereka yang cukup lantang dan begitu komited dengan kerja yang diberikan. Namun mereka ini telah disingkirkan. Sedangkan idea cara mereka bekerja dilihat mampu membantu Najib mengemudi negara sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, seramai 4 menteri besar juga menjadi mangsa para perwakilan. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dilihat begitu berjaya mengemudi negeri yang diamanahkan dari jatuh ke tangan pembangkang. Antaranya Adnan Yaakob yang dilihat begitu berjaya mentadbir negeri Pahang dari di robek oleh pembangkang pada pilihanraya yang lepas.

Ada juga yang berkata, pemilihan kali ini jelas membuktikan mereka yang memilih bukan berpandukan kepada kewarasan akal dan fikiran. Tapi lebih berpandukan kepada nilai dan beratnya wang yang diberikan. Bukan niat untuk menuduh, namun mungkin juga ada benarnya apabila melihat keputusan yang dibuat itu.

Tidak cukup dengan itu, terdapat hampir 110 kertas undi yang terpaksa ditolak oleh panel hakim, lantaran kesilapan mereka-mereka yang memangkah. Tidak cukup dengan itu, terdapatnya hampir 20 kertas undi yang tidak dikembalikan oleh mereka yang sanggup mendahulukan kehendak peribadi berbanding parti.

Adalah satu yang memalukan apabila mereka yang diberikan amanah untuk memilih kepimpinan negara mengambil sikap sambil lewa dan alpa tanpa memikirkan natijah dan kesan disebalik keputusan yang dibuat.

Masakan tidak UMNO yang telah bertapak hampir 51 tahun terpaksa menerima hakikat masih lagi terdapat mereka-mereka yang tidak matang dan berfikiran sempit. Namun begitu apakah mereka-mereka ini melakukannya dengan niat atau sengaja mahu memperjudikan nasib bangsa dengan tindakan sedemikian?

Kesimpulannya tiada gunanya berbicara soal perjuangan melayu, agama negara, sehingga hilang suara. Namun apabila diberikan tanggungjawab untuk memilih masih lagi mengunakan permikiran yang sempit.

Kuatnya Barisan Nasional adalah kerana kuatnya UMNO, maka seandainya UMNO tidak kuat bagaimanakah mahu mengembalikan keyakinan rakyat? Namun keputusan telah pun dibuat oleh para perwakilan UMNO. Walau apapun hujah yang diberi, yang menang tetap telah menang dan yang kalah harus menerima dengan hati yang terbuka.

24 Mac 2009

Azalina, SPRM dan dot dot dot

Sudah lama rasanya, teman tidak meluangkan masa untuk mencoretkan nukilan di dalam blog ini. Bukah kerana malas, tapi lantaran terlalu sibuk dengan tugasan harian yang tidak pernah mengenal erti penghujung.


Tambahan pula sejak beberapa bulan ini, teman lebih menumpukan perhatian kepada proses yang sedang dijalankan oleh UMNO serta peralihan kuasa yang entahkan jadi entahkan tidak.


Dalam sibuk memerhatikan gelagat perwakilan UMNO yang sibuk berjumpa dengan calon-calon pemilihan UMNO, tumpuan teman tertumpu kepada siasatan yang sedang dijalankan terhadap Menteri Pelancongan Malaysia, Dato' Sri Azalina Othman.


Baru-baru ini media arus perdana nyata begitu ghairah memaparkan plot-plot isu yang melanda Azalina dan Setiausaha Politiknya. Tidak ketinggaln para pegawai di Kementerian juga terheret sama di dalam isu yang begitu menjadi buah mulut orang ketika ini.


Sebelum teman mengulas berkenaan isu yang diperkatakan itu, ada baiknya teman memaparkan pandangan dan pendapat rakan-rakan mengenai isu ini. Rata-rata pengamal politk negara yang ditemui teman berpendapat, isu yang melanda Azalina ini adalah kerana permainan orang. Umum mengetahui, di musim pemilihan pucuk pimpinan parti keramat orang Melayu ini, maka aktiviti berkempen sedikit sebanyak mesti berlaku.


Kerana semua yang telah menyatakan kesudian untuk bertanding dan mempertahankan jawatan sudah pasti mengharapkan kemenangan. Mana ada orang yang bertanding mengharapkan kekalahan. Melainkan mereka bukan dari kalangan dan jenis yang biasa ditemui.


Oleh itu tipulah kiranya, ada yang mengatakan semua calon yang menawarkan diri tidak langsung berkempen, tambahan bulan pemilihan telah menampakkan wajahnya. Tradisi berjumpa dengan perwakilan, bersembang, belanja makan dan minum, mengedarkan kad yang memaparkan no calon adalah perkara biasa dan adat ketika berkempen.


Namun persoalannya, mengapa ada yang cuba mengekploitasikan isu ini? Seolah-olah wujudnya 'double standard' untuk calon-calon tertentu. Seandainya calon itu disenangi, maka jangan diapa-apakan. Dan sekiranya bukan calon pilihan, cuba cari dan cungkil sebarang kelemahan yang ada. Yang menjadikan ia tambah menarik, mereka ini cuba berselindung disebalik Lembaga Disiplin bagi mengarahkan serta memastikan calon-calon ini untuk menarik diri.


Sebagai contoh, teman sempat membuka laman web Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR, yang secara jujur mengatakan semua yang dilaporkan itu tiada kebenaranya dan ada kemungkinan wujudnya permainan pihak-pihak tertentu yang berniat jahat. Tidak cukup dengan itu, facebook Azalina juga penuh dengan kata-kata semangat dan pandangan dari mereka-mereka yang merasakan perkara yang sama.


Bukan niat untuk menuduh sesiapa, jauh sekali menganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun ia hanya sekadar luahan hati yang sedih dengan malapetaka yang sedang melanda UMNO ketika ini.


Sejarah telah membuktikan, runtuhnya sesebuah empayar hebat itu bukan kerana mereka tidak kuat, tapi wujudnya tangan-tangan dari dalam yang mencarik sedikit demi sedikit sekaligus menjerumuskan empayar itu kearah kehancuran. Dan itulah yang sedang dihadapi oleh UMNO ketika ini.

05 Disember 2008

Kit Siang Tersungkur di Kaki Azalina

Malu… malu… malu… Seandainya boleh digambarkan, begitulah perasaan Lim Kit Siang, Lim Poh Kuan, The Sun dan mereka yang seangkatan dengannya. Mereka yang pada mulanya begitu teruja untuk melanyak Azalina di Parlimen berhubung isu barang antik akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Azalina berbahas. Ini kerana lain yang diharapkan lain pula yang jadi, apabila mereka pula terkena 'sidekick' Azalina hingga tersungkur rebah.

Penulis yang secara kebetulan berada di parlimen malam tadi kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan, sempat melihat perbahasan parlimen yang berkesudahan jaguh-jaguh pembangkang rebah seorang demi seorang dibantai Azalina.



Jika sebelum ini, kita sering menyaksikan pembangkang melanyak wakil-wakil rakyat dari BN apabila berbahas namun perkara yang sebaliknya pula yang berlaku malam tadi. Azalina yang memang terkenal dengan sifat lantang dan tegasnya apabila bersuara, dilihat begitu hebat membenam kokokkan ayam jantan Kit Siang.


Semuanya bermula apabila Azalina diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan kementerian yang diterajuinya. Terutamanya isu terbaru yang dibawa oleh The Sun berkaitan pembelian barang-barang antik yang didakwa mengunakan peruntukan kementerian. Namun Azalina dengan pantas menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azalina barang-barang antik tersebut sebenarnya telah dibeli oleh sebuah syarikat korporat bagi diberikan kepada Pak Lah sebagai cenderahati.


Menurut Azalina hadiah itu telah diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan kemudian dihadiahkan pula kepada Pak Lah sebagai cenderahati kerana sudi merasmikan program Zoom anjuran Tourism Malaysia. Kalau menurut kenyataan The Sun, pembelian itu betujuan untuk menjaga dan memelihara warisan bangsa dari jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.


Cenderahati itu mungkin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Pak Lah kerana mentadbir negara dengan bijak. Atau mungkin juga sebagai tanda kenangan kerana Pak Lah akan bersara tidak lama lagi. Sebagai masyarakat yang mengamalkan budaya timur, apakah menjadi kesalahan apabila berbudi kepada mereka yang berjasa.


Yang menjadikan perbahasan itu bertambah menarik ialah, apabila Azalina sempat berjenaka untuk mencarikan Kit Siang syarikat yang sudi memberikan hadiah untuknya. Ini kerana Kit Siang mungkin tertekan apabila tidak ada syarikat yang sudi memberinya hadiah seperti yang di terima Pak Lah.


Dan lagi, Azalina juga berkata beliau sanggup memberikan hadiah keris kepada Kit Siang sekiranya itu yang dia inginkan bagi mengurangkan rasa kecewa yang melanda dirinya. Kenyataan Azalina itu telah membuatkan hadirin yang hadir pecah perut dan kelihatan beberapa orang ahli parlimen di kerusi pembangkang juga tersenyum sinis melihat Kit Siang.


Bagi membuktikan tidak wujud sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, Kit Siang diminta membuat laporan kepada BPR ataupun polis sekiranya dia merasakan tuduhannya itu benar. Kit Siang juga gagal mengemukan sebarang bukti bagi menyokong tuduhan yang dilemparkan itu.


Dan lagi, sekiranya benar barangan tersebut dibiayai dengan mengunakan wang kerajaan sudah pasti akan ada resit pembelian dan sebagainya. Kegagalan Kit Siang mengemukan sebarang resit membuktikan kebodohan yang ada di dalam dirinya. Sebabnya apabila kita ingin menuduh orang, pastikan kita mempunyai hujah dan bukti yang kuat bagi mensabitkan kesalahan.


Kalau setakat 'hearsay' lembu tepi jalan pun boleh buat.

19 November 2008

Kejujuran Kerjasama dari pembangkang dipersoalkan

Keikhlasan Exco Pelancongan Negeri Selangor, Elizabeth Wong memenuhi jemputan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said ke pelancaran festival tanglung Disney ‘Festive-Fun-Tasy 2008′ pusat komersial Niuzexui di Ara Damansara, wajar dipersoalkan. Sudahlah tidak hadir pada majlis tersebut, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh yang memenuhi undangan pula nyata dilihat tidak beretika.

Apa yang dimaksudkan dengan tidak beretika ialah, Gwo yang dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat nyata tidak mempunyai disiplin. Ini kerana Gwo hanya hadir apabila majlis petang itu telah bermula. Situasi ini jelas sekali memperlihatkan sikap sebenar wakil dari parti pembangkang yang jelas sekali tidak menghormati masa yang telah ditetapkan.

Dari perlakuan yang ditunjukan oleh ahli Parlimen Kelana Jaya itu juga membuktikan bahawa mereka juga tidak menghormati `title’ menteri yang disandang oleh Azalina dan juga sebagai tuan rumah yang menjemputnya ke majlis tersebut.

Dari sikap acuh tidak acuh dalam memenuhi undangan (datang lewat) itu juga secara tidak langsung memperlihatkan sikap sebenar barisan pemimpin parti pembangkang. Jelas sekali, selama ini mereka hanya pandai mengkritik dan mencari silap orang lain terutamanya wakil rakyat Barisan Nasional.

Baru-baru inipun, Ahli Parlimen Ipoh yang juga bekas ketua pembangkang, Lim Kit Siang menerusi laman webnya pernah mempersoalkan tentang kelewatan Azalina untuk mengemukakan kertas keputusan siasatan berhubung skandal Pampena.

Bermacam-macam tuduhan tanpa usul periksa yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Ipoh itu kepada Azalina hanya kerana kertas jawapan tersebut gagal diterimanya pada tarikh dan masa yang telah dijanjikan.

Ketidak hadiran Azalina pada persidangan Parlimen pada hari tersebut juga turut disensasikan dengan tuduhan yang kononnya menteri pelancongan itu cuba melarikan diri setelah gagal untuk mengemukakan laporan seperti yang dijanjikan. Walaupun, umum mengetahui bahawa Azalina ketika itu berada diluar negara.

Jika Azalina di berikan dengan pelbagai gelaran yang agak menjengkelkan oleh Lim Kit Siang hanya satu kesilapan yang tidak disegajakan, bagaimanapula dengan status yang di dokong oleh Gwo Burne Loh yang secara terang-terangan menghina majlis tersebut.

Label: , , , , , , , ,

SARAWAK PULAK DAH...



Sarawak Adalah Kunci Kerajaan PKR, Kata Anwar

SIBU, 16 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini.

"Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi. READ MORE HERE (Bernama)

Des : Dah lama dia diamkan diri, sibuk dengan urusan mempertahankan maruah, naik turun makamah, tiba-tiba ada orang jemput ke Sarawak, dan lembaran baru pun bermula...

DSAI kali ini memberi jaminan dan kali ini lebih jelas siapa yang bakal melompat parti. Kalau dahulu, beliau membayangkan anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti dan setelah pelbagai penafian dilakukan oleh anggota-anggota tersebut maka ianya terus senyap begitu sahaja.


Kini setelah mendapat seorang lagi ahli Bebas yang bingung hala tuju politiknya yang datang menyerahkan borang keahlian PKR, DSAI kini memberi keyakinan baru kepada penyokong-penyokong fanatiknya dengan menamakan Sarawak sebagai kunci kerajaan baru untuk Pakatan Rakyat...


Sumber: www.pilihan-anda.blogspot.com

Label: , , ,

Benarkah Pakatan Rakyat Pertahan Islam dan Hak Keistimewaan Melayu?

Anwar: Pakatan Pertahan Islam dan Hak Istimewa Melayu

SHAH ALAM: Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-ketiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut antara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salah faham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Shah Alam Selangor hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Komen:

Persoalannya benarkah Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu sebagaimana yang didakwa oleh Anwar?

1). Siapa yang membangkitkan soal laungan azan dan tulisan jawi sehingga membangkitkan kemarahan orang Melayu - Teresa Kok (DAP).

2). Siapa yang membuat kenyataan langkah mayatnya dahulu jika mahu menubuh dan menegakkan undang-undang Islam di negara ini - Karpal Singh (DAP).

3). Siapa yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

4). Siapa yang berjanji hak yang sama rata kepada semua kaum jika Pakatan Rakyat berkuasa - Lim Kit Siang (DAP).

5). Siapa yang berjanji untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu ketika berkempen di hadapan orang Cina dan India jika Pakatan Rakyat berkuasa - Anwar Ibrahim (PKR).

6). Siapa yang mempertikai teks ucapan Yang DiPertuan Agong dan kuasa Sultan Perak - Karpal Singh (DAP).

7). Siapa yang mencadangkan supaya UITM dibuka kepada bukan Melayu dan bangsa asing - Khalid Ibrahim (PKR).

8). Siapa yang mencadangkan supaya bahasa lain juga dijadikan bahasa rasmi negara - Teresa Kok (DAP).

Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat perlu menjawab semua persoalan di atas jika benar dakwaan beliau Pakatan Rakyat mempertahankan Islam dan hak keistimewaan Melayu di negara ini.

Label: , , , , , ,

22 Oktober 2008

11 Pencalonan kepada Azalina, bukti wanita mahukan perubahan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Azalina Othman Said telahpun mendapat 11 pencalonan dan hanya memerlukan baki 11 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kemampuan Menteri Pelancongan itu meraih 11 pencalonan dalam masa dua minggu mesyuarat wanita bahagian diadakan menjadi gambaran jelas bahawa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kini dalam proses melakukan perubahan diperingkat pucuk pimpinan pergerakan mereka.

Jumlah pencalonan terhadap menteri wanita muda berkarisma ini juga dikatakan menjadi bukti kukuh bahawa sebahagian besar dari pemimpin akar umbi pergerakan itu tidak bersetuju dan sekaligus menolak pelan peralihan kuasa yang cuba digerakkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz sebelum ini.

Cuma, yang menjadi punca kepada 'perlahannya' pencalonan terhadap Azalina dikatakan berpunca daripada sebahagian besar Wanita UMNO Bahagian mengambil sikap tunggu dan lihat. Ini kerana, ekoran tiada sebarang kenyataan yang jelas daripada Azalina untuk menawarkan diri ke jawatan tersebut sebelum ini.

Tetapi, senario tersebut diramal akan berubah malah, baki sebanyak 9 pencalonan lagi bagi melayakkan beliau untuk bertanding ke jawatan nombor dua dalam Pergerakan Wanita UMNO itu mampu dicapai oleh Azalina dalam tempoh dua minggu lagi.

Lebih-lebih lagi, setelah beliau mengumumkan kesediaannya bertanding ke jawatan tersebut setelah cukup pencalonannya nanti dan atas kesediaan Azalina itu dikatakan menjadi punca sebahagian besar wanita bahagian yang masih belum mengadakan mesyuarat serta membuat pencalonan mereka, bersedia untuk mencalonkan Ahli Parlimen Pengerang itu.

Namun yang menjadi persoalannya sekarang, adakah Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, penyandang jawatan tersebut bersetuju dengan pelan dari akar umbi itu. Beliau yang sudah melayakan diri untuk bertanding ke jawatan Ketua Wanita, perlu bersedia untuk menyahut desakan dari akar umbi yang mahukan beliau merebut kerusi nombor satu wanita itu daripada tangan Rafidah?

Label: , , , , ,

14 Oktober 2008

Shahrizat-Azalina beregu? Rafidah gelabah..



Wanita UMNO mahukan perubahan... itulah antara isu yang sedang diperkatakan oleh ahli di peringkat bawahan ketika ini. Hampir majoritnya menolak pelan peralihan kuasa anjuran Rafidah. Ada yang takut untuk memberikan sokongan secara terbuka dan tidak ketinggalan ada yang menterjemahkan dengan mencalonkan Sharizat sebagai Ketua bagi mengantikan Rafidah.

Wanita UMNO mahukan perubahan... itulah antara isu yang sedang diperkatakan oleh ahli di peringkat bawahan ketika ini. Hampir majoritnya menolak pelan peralihan kuasa anjuran Rafidah. Ada yang takut untuk memberikan sokongan secara terbuka dan tidak ketinggalan ada yang menterjemahkan dengan mencalonkan Sharizat sebagai Ketua bagi mengantikan Rafidah.

Situasi yang berlaku ketika ini, dilihat amat mengusarkan Rafidah kerana ternyata sisa taringnya sudah hampir hilang kesemuanya. Sebelum ini siapa yang tidak kenal dengan Rafidah Aziz, arahan dan kata-katanya wajib dipatuhi. Pada yang ingkar pasti akan berdepan dengan seribu macam masalah.

Pada yang masih ingat, ketika Tun mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dahulu, Rafidah adalah yang terawal meluru kepada Tun menyarankan supaya ia ditarik balik.

Dengan linangan air mata Rafidah ketika itu begitu bersungguh-sungguh memujuk Tun sehinggakan patah tumit kasutnya. Antara ayat Rafidah ketika itu ialah, tiada calon lain yang layak mengantikan Tun.

Namun apabila Pak Lah mengambil alih teraju kepimpinan UMNO, Rafidah melenting apabila ditegur oleh Tun. Begitu hebat Tun dikritik olehnya seolah-olah apa yang dikatakan oleh Tun itu tiada benarnya. Hilang semua jasa Tun kepadanya selama ini. Itulah diri Rafidah sebenarnya, semua tindakannya haram ditegur dan dikritik.

Namun Rafidah lupa, apa yang dilakukan terhadap Tun dahalu pasti akan ada pembalasannya. Seperti kata orang zaman sekarang, Tuhan bayar 'cash'. Namun apa yang nyata perwakilan wanita bahagian secara terang menzahirkan apa yang mereka inginkan. Pelan peralihan kuasa seperti yang dirancangkan oleh Rafidah nampaknya telah ditolak mentah-mentah oleh sesetengah bahagian.

Sebagai contoh, Wanita UMNO bahagian Beruas telah mencalonkan Sharizat sebagai Ketua Wanita dan memilih Azalina sebagai regunya. Mungkin kerana mereka menaruh kepercayaan akan pembaharuan yang boleh dilaksanakan oleh 'orang muda' ini.

Seminggu sebelum persidangan bahagian-bahagian bermula, Shahrizat sudah menghantar Setiausaha Politik Perdana Menteri yang bertugas untuknya, Dato' Suhaimi Ibrahim menemui kepimpinan Wanita bahagian-bahagian, supaya hanya mencalonkan Rafidah-Shahrizat dan jangan sesekali mencalonkan Shahrizat-Azalina sebagaimana yang dikehendaki 'grassroot' Wanita, masa ini.

Ada sumber dari Pergerakan Wanita memberitahu, Rafidah tidak membenarkan langsung nama Azalina disebut dan dikaitkan dengan Wanita Umno.

Ia sekaligus membenarkan cerita-cerita sebelum ini, penubuhan Puteri Umno memang mendapat tentangan hebat dari Rafidah, tetapi Presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkeras mahukan Puteri diwujudkan sebagai sebuah entiti sendiri, bagi menarik minat orang-orang muda (wanita) menyertai Umno.

Tidak hairanlah apabila suatu ketika dahulu, golongan artis dilibatkan dalam barisan Exco Puteri, walaupun akhirnya mereka semuanya 'mengundurkan' diri kerana tidak mempunyai jiwa yang sesuai dengan politik.

Ada pihak mendakwa, Rafidah mahu 'mewarisi' Pergerakan Wanita Umno ini kepada Shahrizat dengan Dato' Halimah Mohamad Sadique (Ahli Parlimen Tenggara) tetapi disebabkan Halimah tidak dilantik sebarang jawatan dalam kerajaan selepas Pilihanraya Umum 12 yang lalu, banyak pihak melihat Halimah seperti merajuk dengan enggan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tenggara dalam pemilihan yang berlangsung sekarang.

'Merajuk' memang sudah cukup sinonim dengan 'orang Johor' apabila sejarah membuktikan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun Musa Hitam dikatakan pernah 'merajuk' apabila berselisih faham dengan pucuk pimpinan.

Dalam kes merajuk juga, orang-orang Umno Johor tentunya masih ingat bagaimana Asmaun Ismail (bekas Ketua Umno Bahagian Tenggara) juga dilihat merajuk apabila ditahan di bawah ISA dan dikaitkan namanya dengan isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dahulu.

Ketika Halimah dilihat merajuk, ada usaha untuk membawa Azalina yang merupakan Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan Menteri dari Johor sebagai 'pelapis' dalam Pergerakan Wanita, tetapi selagi Rafidah ada di situ, Azalina seboleh-bolehnya 'dihalang' dari disenaraikan.

Malah, apa yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beruas, salah satu bahagian dalam Negeri Perak, di mana Rafidah adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar membuktikan, ada usaha memberitahu Pergerakan Wanita di bahagian-bahagian lain di seluruh negara, supaya 'menolak cadangan' Pelan Peralihan Kuasa antara Rafidah dengan Shahrizat.

Jika Bahagian Beruas itu datangnya dari Johor, mungkin ia tidak membawa apa-apa erti, tetapi disebabkan Beruas adalah bahagian dalam Perak, Rafidah tentunya 'kecewa' dengan keingkaran Wanita mentaati keputusannya - di penghujung kariernya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Berbeza Wanita Umno dengan Pemuda dan Puteri, mereka (Pemuda dan Puteri) tidak menyediakan Pelan Peralihan Kuasa. Malahan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menunjuk sesiapa yang dikehendakinya, bagi menggantinya.

Dalam politik, apabila ada kenyataan seperti itu, tentunya ramai yang beranggapan bahawa dia tidak menyokong Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai penggantinya, sedangkan (induk) Umno menyaksikan Presiden mahukan timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak menggantikan tempatnya dan Pergerakan Wanita, Shahriat adalah pengganti Rafidah.

Tidak mustahil, jika Shahrizat mendapat cukup percalonan, dia akan 'terpaksa' membuat keputusan untuk menentang Rafidah kerana, adalah lebih mudah baginya mengalahkan Rafidah daripada mengalahkan Azalina yang jelas 'pemimpin yang berkuasa' sekarang atas sifatnya sebagai Menteri.

Shahrizat mungkin 'malu alah' untuk berdepan dengan Rafidah tetapi disebabkan Rafidah sudah tidak berjawatan Menteri, sama seperti Shahrizat, adalah lebih manis sebenarnya jika Rafidah 'tidak mengaturkan pelan peralihan kuasa' seperti yang diaturkan antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun, selepas Rafidah berundur, amatlah sukar bagi Shahrizat menjadi seorang 'Naib Ketua Pergerakan Wanita' yang boleh beregu dengannya sehingga pemilihan tiga tahun akan datang.

Jika tidak, bukan sahaja jawatan Naib Ketua Wanita Umno itu akan menjadi perebutan malahan, silap perhitungan Shahrizat sendiri akan tergugat kedudukannya.

Sejarah Umno selepas Merdeka membuktikan belum pernah seorang Ketua Pergerakan Wanita tidak menduduki jawatan Menteri.

Kini, ia menimpa Rafidah yang tentunya kurang manis ketika berjawatan dalam parti, tidak berjawatan dalam kerajaan.

Kelantangan Rafidah selama ini, ketika berjawatan serentak (parti dan kerajaan) hilang wibawanya apabila dia sudah tidak menjadi Menteri.

Itulah sebabnya, apabila Azalina dilihat menjadi Menteri dalam kabinet sekarang, Wanita Umno membayangkan bahawa pucuk pimpinan mahukan Azalina 'menggantikan' Rafidah, walaupun Shahrizat adalah Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kepada Perdana Menteri, yang disediakan dengan seorang Setiausaha Politik untuknya meneruskan tugas.

Label: , , , , ,

06 Oktober 2008

Satukan Umat Islam: UMNO Dengan PAS Perlu Bersatu



KEGAGALAN MEMBENTUK KERAJAAN 16 SEPTEMBER

`Macam Wanita Bersalin Songsang' - Husam Musa



PASIR PUTEH - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan usaha pembentukan kerajaan baru pakatan pembangkang yang gagal dilaksanakan seumpama wanita mahu bersalin tetapi menghadapi masalah kandungan songsang.

Menurut beliau, kerajaan baru itu tetap akan dibentuk tidak lama lagi dan pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memastikan ia berlaku.

"Situasinya adalah seperti wanita akan bersalin tetapi susah kerana kandungannya songsang tetapi akan tetap bersalin, yang penting bagi doktor memastikan keselamatan bakal anak dan ibunya terjamin.

"Peringkat sekarang, kita tengah letak minyak selusuh di atas perut ibu supaya cepat dan mudah bersalin dengan penuh selamat," katanya.

Mengulas dakwaan pembentukan kerajaan baru tetapi tidak menjadi kenyataan, Husam berkata, ia tetap akan berlaku dengan segala persiapan asas dan teknikal telah lengkap termasuk sasaran menarik Ahli Parlimen menyertai pakatan pembangkang cuma menanti masa yang sesuai.

Sumber Utusan Malaysia.

Komen:

Apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan Husam ini? Apakah Husam mahu memberitahu kegagalan pakatan pembangkang membentuk kerajaan pada 16 September akibat daripada `hubungan songsang' pemimpin tertentu sehingga sukar untuk membentuk kerajaan dan jika pakatan pembangkang mahu merealisasikan impian ini pemimpin tersebut perlu disingkirkan?

Apakah Husam juga mahu memberitahu pemimpin yang bersih daripada skandal hubungan songsang seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja yang layak untuk memimpin pakatan pembangkang memerintah negara ini?

Apa pun maksud tersirat Husam hakikatnya pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah gagal membentuk kerajaan pada 16 September seumpama `wanita yang bersalin songsang susah untuk melahirkan anak'.

Untuk menjadi pemimpin nombor satu negara, kebolehan bercakap dan berpidato sahaja tidak mengcukupi kerana seseorang pemimpin itu perlu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi.

Memerintah dengan cara menyogok bukan sahaja tidak beretika malah bertentangan dengan agama Islam.

Husam tentu sedar Pas kini sudah terbahagi kepada dua puak. Satu puak yang pro kepada Anwar manakala satu puak lagi mahu Anwar disingkirkan. Ahli-ahli Pas diakar umbi tidak senang Pas menjalinkan hubungan songsang dengan DAP kerana DAP terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Ahli-ahli Pas tidak senang apabila pemimpin mereka meletakkan syarat apabila mahu bermuzakarah dengan pemimpin UMNO sesama Islam mengenai masa depan umat Islam di negara ini tetapi tidak ada syarat apabila mahu bekerjasama dengan DAP.

Puak yang mahu Anwar disingkirkan kecewa kerana mana mungkin Pas dan DAP dapat bekerjasama membentuk kerajaan bersama PKR kerana perbezaan ideologi mereka ibarat langit dengan bumi. Ahli-ahli Pas sehingga hari ini tidak dapat melupakan kenyataan Karpal Singh `langkah mayat beliau dahulu jika Pas mahu menubuhkan negara Islam'.

Hari ini ketuanan Melayu telah dicabar, hak keistimewaan Melayu dipertikai, hak sama rata semua kaum, forum terbuka membicarakan agama Islam, Bahasa Malaysia bukan lagi bahasa rasmi dan selepas ini apa lagi.

Kesimpulannya, demi menyelamatkan masa depan umat Islam di negara ini sudah tiba masanya Pas perlu bergabung dengan UMNO menjadi parti Melayu yang terkuat di negara ini. Tinggalkan DAP dan singkirkan pemimpin yang ada rekod `hubungan songsang'.

Teresa Pakai Skirt Buka Puasa Di Masjid



Pada 19 September 2008, Teresa Kok telah hadir di Masjid Nurrusaadah, Kg Cheras Baru untuk berbuka puasa (gambar dalam blog Teresa). Malangnya Ahli Parlimen Seputeh itu, memakai skirt untuk berbuka puasa di masjid. Malah sempat lagi berkempen dalam masjid ketika umat Islam berbuka puasa.



Ketika rumahnya dilontar "molocov cocktail", Teresa menyalahkan media sebagai punca kejadian tersebut. Apakah pakai skirt ke masjid juga salah media? Zakariah Isa (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan) berkata, "Pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.".
Sewajarnya pemimpin PAS menegur kelakuan Teresa ini. Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) difahamkan hadir ketika penghujung ucapan Teresa Kok di masjid tersebut. Apakah ulasan Mohd Sabu tentang pakaian Teresa Kok?

05 September 2008

ANWAR BAKAL MENJADI PM KE-6..????



Penulis baru sahaja pulang bertarawih apabila telefon berbunyi menandakan ada SMS yang dihantar. Terkejut seketika apabila kandungan SMS yang diterima menceritakan mengenai rentetan rampasan kuasa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR)

Berikut adalah kandungan SMS yang diterima :

5 September – Parti komponen BN (Barisan Nasional) dari Sabah dan Sarawak istihar keluar dari BN.

6 September – Semua parti komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA dan MIC.

7 September – 10 ahli parlimen BN umu pindah kerusi parlimen ke Pakatan Rakyat.

8 September – 5 Menteri BN letak jawatan.

9 September – Sidang tergempar parlimen di panggil.

10 September – Perdana Menteri umum meletakkan jawatan.

12 September Sidang tergempar usul Anwar membentuk kerajaan 'caretaker'.

15 September – Anwar istiharkan bentuk pakatan sebagai kerajaan 'caretaker' secara langsung di TV1, TV2 dan TV3, Bernama TV,dan Astro Awani.

15 September – Anwar menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di pertuan Agong memohon restu.

16 September – Anwar akan mengangkat sumpah sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya di teliti kandungan SMS tersebut, ia seolah-olah rancangan Anwar untuk membentuk kerajaan pada 16 Sepmtember bakal menjadi kenyataan. Susunan yang di atur seolah-olah benar dan ada kekuatan.

Tetapi apa yang bakal berlaku adalah sebaliknya. Penulis secara peribadi merasakan ia merupakan satu 'cywar' untuk 'reverse sykology' dan merupakan satu helah yang paling busuk. Namun seperti yang kita sedia maklum itu memang cara dan pendekatan Anwar.

Bukankah Anwar memang terkenal dengan pendekatan jalan belakang. Dulu Sukma, Dr. Munawar, Azizan telah dijahanamkan dengan 'jalan belakang'. Kemudian Saiful pula ternoda juga dengan 'jalan belakang' dan kini dia cuba pula untuk menguna jalan belakang untuk merampas kerajaan yang dipilih rakyat.

Dia akan menguna seribu muslihat dan helah untuk membuatkan orang percaya akan berlakunya peralihan kerajaan pada 16 September ini. Dan di masa yang sama rakyat akan terlupa akan pelakuan hina yang dilakukan terhadap Saiful.

Maka isu sumpah akan dilupakan sedikit demi sedikit dan rakyat akan mula tertumpu kepada isu peralihan kuasa ini. Apa yang rakyat tidak tahu, isu peralihan kuasa ini hanyalah retorik semata-mata dan angan-angan kosong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri

Tetapi isu SMS itu tidak berakhir begitu sahaja, sebaik membaca kandungan SMS itu, penulis bingkas membuka internet untuk melihat pandangan dan komen penyokong kerajaan mengenai isu ini.

Apa yang penulis temui lebih menakutkan, apabila membaca komen yang terdapatnya ura-ura untuk melantik Lim Kiat Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan berjaya kelak.

Sekiranya benarlah apa yang dikatakan ini, penyokong Pakatan Rakyat seharusnya sedar dengan kemenangan Anwar, kuasa Melayu sedikit demi sedikit telah ditarik. Ternyata Malaysia yang bakal dicorakkan nanti akan menghakis dan menolak ketuanan Melayu. Dan tidak mustahil, suatu hari nanti kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan

Seribu kemungkinan yang tidak menguntungkan orang Melayu boleh dicorakkan oleh Anwar dan konco-konconya seandainya berjaya merampas. Sebagai contoh lihat sahaja apa yang terjadi pada Selangor dan Perak.

Walaupun Menteri Besarnya Melayu yang beragama Islam, namun ternyata mereka tidak ubah sebagai boneka yang boleh diarah untuk menghapuskan ketuanan Melayu. Maka sedarlah, seandainya Anwar berkuasa akan hilanglah identiti dan Melayu yang selama ini diperjuangkan oleh nenek moyang kita.

Tetapi yang hairanya, PAS seolah-olah hilang suara dengan rentak permainan Anwar ini. Penulis masih ingat lagi ketika 2 wakil rakyat dari Semangat 46 melompat parti suatu ketika dahulu. Pelbagai kata cerca dan hinaan dilemparkan kepada mereka. Namun sekarang mereka seakan redha dengan pendekatan Anwar ini.

Dan lagi, apakah PAS akan rela untuk menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sedangkan cina bukit ini secara terang menolak pendekatan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Kepada pengikut PAS, sedarlah setidak-tidaknya UMNO masih berjaya mempertahankan kedaulatan Islam, namun tanyalah diri sendiri Apakah Islam masih mampu dipertahankan dan diterima oleh DAP.

LU PIKIRLAH SENDIRI

04 September 2008

Dulu Selangor, Kini Perak pula merasa bonus dari Pakatan Rakyat

Seketika dahulu, rakyat Selangor telah mendapat bonus hasil dari undi yang di berikan kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri itu. Seperti yang kita semua sedia maklum, bonus yang dimaksudkan bukanlah berupa wang ringgit seperti yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. Bonus yang dimaksudkan ialah kandang babi yang terbesar di dalam sejarah kewujudan negara.

Terbaru, kerajaan Perak pula mengambil pendekatan yang hampir serupa dengan memberikan bonus kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada mereka. Iaitu dengan menganugerahkan tanah seluar 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina.

Penulis bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Datuk Dr. Dzulkarnain Abdul Rahman ketika mengulas isu ini. Ini kerana menurut beliau pemberian tanah itu kepada sekolah persendirian cina itu kerana kerajaan Perak pimpinan PR tidak memahami sistem pelajaran kebangsaan yang ingin memperkasa sekolah kebangsaan bagi mewujudkan bangsa Malaysia berpadu.

Pihak Pas, sekutu Pakatan Rakyat tidak menyedari apabila mereka rancangkan sesuatu itu sudah bercanggah dengan konsep Islam yang mereka jaja ke sana sini.

Kini mereka pula yang mewujudkan asyabiah pendidikan negara. Baliklah ke pangkal jalan, perjuangkan Islam sebagaimana diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sekadar bermain politik ingin berkuasa sahaja.

Cara yang diterapkan ini adalah usaha penjajah baru yang berusaha untuk memecahbelahkan rakyat dan kemudian dapat memerintah. Hakikat ini harus disedari oleh semua rakyat yang cintakan negara ini.

Oleh itu, sokongan kepada pihak berkenaan adalah usaha sokong membawa rebah kepada bangsa, agama dan negara.

Usaha Kerajaan Perak ini juga akan melebarkan sikap perkauman dan bertentangan dengan dasar ekonomi baru yang dirancangkan iaitu merapat ekonomi, pendidikan, sosial antara kaum.

Ingatlah Islam dan Melayu telah dijajah lebih 400 tahun sejak Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511 manakala pemulihan kedudukan Melayu/bumiputera telah dilaksana menerusi dasar yang jelas mulai tahun 1971 tetapi kini usaha Pakatan Rakyat pula menghapuskan dasar itu kembali ke dasar penjajahan.

Inilah yang boleh dikaitkan dengan nasib golongan majoriti Melayu yang mula dipinggirkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.Masa dijajah dahulu kita merempat; kekayaan dibolot oleh penjajah dan konco-konconya. Kini, inginkah kita balik ke zaman penjajahan British dahulu yang ketika itu hanya makan pagi kais pagi, makan petang kais petang; dan sekolah hanya sekolah atap.

Rakyat Melayu di negeri Perak sepatutnya mula sedar akan kesilapan yang dilakukan apabila menyerahkan kerajaan negeri kepada mereka yang pernah bergelar pembangkang ini. Setelah berkurun lama pemimpin terdahulu cuba menentang penjajah kerana cuba menafikan hak ketuanan orang Melayu.

Ternyata semangat perjuangan Dato Maharajela suatu ketika dahulu gagal diserap dan difahami oleh generasi muda di negeri Perak. Natijahnya tanah kerajaan telah diberikan kepada sekolah persendirian cina.

24 Ogos 2008

KITA ADA BUKTI UNTUK MENGAITKAN NAJID DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Najib Tun Razak akhirnya mengambil pendekatan seperti Saiful Bukhari dengan menafikan tuduhan Anwar dengan lafaz sumpah. Sumpah tersebut telah dilafazkan di depan jemaah Masjid Guar Perahu semalam (22 Ogos 2008).

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.

‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Najib.

Sumpah yang dilafazkan oleh Najib ini, di harap dapat membuka mata ramai pihak yang selama ini termakan dengan kata-kata Anwar Ibrahim. Peminat setia ceramah Anwar Ibrahim sepatutnya bertanya kepada diri sendiri, apakah tuduhan Anwar selama ini boleh di percayai?

Seperti yang kita ketahui, tiap kali apabila menyampaikan ceramah, acapkali Anwar menuduh Najib terlibat dengan konspirasi membunuh Altantuya Shaaribuu tanpa memberikan bukti yang kukuh.

"Kita ada bukti untuk mengaitkan Najid dengan pembunuhan Altantuya.

"Najib adalah dalang di sebalik kematian Altantuya"

"Semua bukti berkaitan penglibatan Najib terhadap pembunuhan Altantuya, akan kita" dedahkan sedikit masa lagi"

Berikut adalah antara, bait-bait kata yang sering dia gunakan untuk memfitnah Najid Tun Razak. Tapi yang hairannya bermula dari hari Anwar di bebaskan sehinggalah ke hari. Tiada satu bukti pun yang didedahkan kepada umum bagi menyokong pertuduhannya itu.

Kalau adapun, hanyalah akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra yang menuduh Rosmah turut berada di tempat kejadian ketika Altantuya di bunuh. Tetapi tiada sebarang bukti yang dilampirkan untuk menyokong hujahnya.

Pembaca yang budiman, pasti masih mengingati peristiwa '6 kotak hitam' yang di dakwa oleh Anwar berada dalam simpanannya ketika beliau ingin mengerakan reformasi suatu ketika dahulu. Bermula dari pemecatannya hinggalah di sumbat ke penjara dan di bebaskan, langsung tiada sebarang pendedahan dari '6 kotak hitam'seperti yang dijanjikan.

Itulah Anwar, hanya pandai berkata dengan penipuan demi penipuan. Dan mereka yang berfikiran sempit pula akan terus menelan kata-kata Anwar tanpa dapat mengunakan akal fikiran waras yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Penulis percaya dengan lafaz sumpah yang diucapkan oleh Najid dan Saiful telah menyebabkan Anwar kepanasan dan hilang punca. Seperti yang dikatakan sebelum, sumpah mereka itu, ada pemberatnya. Dan yang terkena sumpahnya adalah Anwar Ibrahim.

Apapun, kita tunggu sahaja 26 Ogos ini. Apakah Anwar masih berjaya menipu rakyat Malaysia atau sebaliknya. Yang nyata Anwar dah mengelabah.

21 Ogos 2008

EXCO PKR RASUAH???? APA DAH JADI



2 Exco Perak di tahan. Begitulah antara tajuk berita yang sempat penulis baca ketika dalam perjalanan pulang petang semalam. Mata ini seolah-olah engan percaya dengan apa yang di baca. Apa sudah jadi? Dulu cakap lain, sekarang buat lain. Begitulah antara kata hati ketika penulis membaca isu itu.

Ini kerana sekiranya pembaca yang budiman mengimbas kembali kempen pilihanraya umum yang lepas pasti dapat meneka jawapan disebalik kata hati penulis sebentar tadi. Bagi yang tidak dapat mengingatnya ada baiknya penulis ceritakan serba sedikit apa yang penulis maksudkan.

Ketika pilihanraya umum yang lalu, Pakatan Rakyat (PR) sering melaungkan kepada rakyat, betapa kerajaan yang ada (Barisan Nasional) penuh dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah, kroni, dan sebagainya. Kononnya BN tidak telus, Badan Pencengah Rasuah lesu, dan betapa pentingnya untuk rakyat menukar kerajaan sedia ada kepada PR.

Tetapi itu kata-kata mereka ketika menyampaikan kempen pilihanraya. Itu cakap mereka sebelum menerima kuasa. Itu bicara mereka sebelum menang pilihanraya. Sekarang apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Bukankah Allah S.W.T itu Maha Adil dan Bijaksana. Ternyata apa yang mereka tuturkan ketika dahulu langsung tidak selari dengan apa yang mereka lakukan sekarang. Sekarang mereka pula yang mempraktikkan apa yang mereka katakan dahulu.

Bukan setakat wang, habuan seks turut mereka jadikan sebagai pelengkap acara. Penulis teringat kata-kata ibu semasa kecil, jangan suka cari salah orang. Kerana satu jari ditunjukan kepada orang, empat jari yang lain terarah kepada kita.

Tak puas dengan berita yang penulis baca di dada akhbar, penulis menantikan siaran berita jam 8.00 malam tadi. Ternyata apa yang dilihat lebih mencuit hati. Kedua-dua exco yang di tuduh menerima rasuah ini sedang menutup muka dan menundukkan wajah tampan mereka.

Bukan apa, perasaan malu menyelubungi diri lantaran dari perbuatan sendiri. Segan nanti wartawan ambil gambar, masuk surat khabar, masuk televisyen. Dulu bukan main, kata media cetak dan eletronik berat sebelah sebab hanya menyiarkan cerita kerajaan. Sekarang kenapa tuduk muka, tunjuklah muka itu. Buat apa nak berselindung di sebalik baju. Kalau tak nanti orang tak nampak wajah tampan dan bergaya kamu.

Itulah dulu masa kempen, cakap bukan main tinggi. Habis semua pemimpin kerajaan mereka caci. Sekarang apa dah jadi? Kepada pengundi mereka berdua ini, seandainya mereka bersalah bersedialah untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil. Dan berfikirlah dengan hati ketika kamu memangkah undi.

Jangan ikut kata hati.

Label: , , ,